Roboguru
SD

Nita melakukan eksperimen untuk mengenal pasti tumbuhan akuatik fitoremediasi yang paling berkesan dalam mengurangkan logam kuprum dalam air yang tercemar. Susunan radasnya adalah seperti gambar di bawah. Pilih mekanisme fitoremediasi yang betul yang digunakan oleh pokok sawi. Terangkan mekanisme fitoremediasi yang anda pilih (fitopengekstrakan atau rizopenurasan).

Pertanyaan

Nita melakukan eksperimen untuk mengenal pasti tumbuhan akuatik fitoremediasi yang paling berkesan dalam mengurangkan logam kuprum dalam air yang tercemar. Susunan radasnya adalah seperti gambar di bawah.

Pilih mekanisme fitoremediasi yang betul yang digunakan oleh pokok sawi.

Terangkan mekanisme fitoremediasi yang anda pilih (fitopengekstrakan atau rizopenurasan).

N. Puspita

Master Teacher

Jawaban terverifikasi

Pembahasan

Fitopengekstrakan (atau fitopenumpukan) mempergunakan tumbuh-tumbuhan atau alga untuk memindahkan bahan pencemar dari tanah, mendapan, atau air ke dalam biojisim tumbuh-tumbuhan boleh tuai. Kepopuleran proses ini telah bertambah dengan pesat di seluruh dunia pada 20 tahun yang lalu. Umumnya, proses ini lebih digunakan untuk mengekstrak logam berat daripada mengekstrak bahan organik. Semasa pelupusan, bahan-bahan pencemar biasanya dipekatkan di dalam bahan tumbuhan yang isi padunya jauh lebih kecil, berbanding dengan tanah atau mendapan terkontaminasi yang asal. 'Pelombongan menerusi tumbuh-tumbuhan', iaitu fitopelombongan, kini juga diuji kaji.

Tumbuh-tumbuhan menyerap bahan-bahan pencemar menerusi sistem akar dan menyimpannya di dalam biojisim akar dan/atau menghantarnya ke batang, dahan, dan/atau daun. Tumbuh-tumbuhan itu boleh terus menyerap bahan-bahan pencemar sehingga dituai. Selepas penuaian, aras bahan pencemar yang lebih rendah akan tertinggal di dalam tanah. Kitaran penumbuhan/penuaian biasanya perlu diulangi untuk mencapai pembersihan yang bererti. Selepas proses ini, tanah yang dibersihkan itu boleh digunakan untuk menanam tumbuh-tumbuhan yang lain.

Kelebihan: Kelebihan utama fitopengekstrakan ialah ramah persekitaran, manakala kaedah-kaedah tradisional yang digunakan untuk membersihkan tanah terkontaminasi logam berat mengganggu struktur tanah dan mengurangkan daya pengeluaran tanah tersebut. Satu lagi kelebihan fitopengekstrakan ialah kosnya yang lebih murah daripada mana-mana proses pembersihan yang lain.

Kelemahan: Oleh sebab proses ini dikawal oleh tumbuh-tumbuhan, ia mengambil lebih banyak masa, berbanding dengan kaidah-kaidah pembersihan tanah tradisional.

27

0.0 (0 rating)

Pertanyaan serupa

Perhatikan data berikut!  Jati Tembakau Enceng gondok Lidah mertua Bayam Sawi Tanaman-tanaman yang digunakan dalam teknologi fitoremediasi ditunjukkan oleh data nomor ....

1rb+

5.0

Jawaban terverifikasi

RUANGGURU HQ

Jl. Dr. Saharjo No.161, Manggarai Selatan, Tebet, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12860

Coba GRATIS Aplikasi Roboguru

Coba GRATIS Aplikasi Ruangguru

Download di Google PlayDownload di AppstoreDownload di App Gallery

Produk Ruangguru

Produk Lainnya

Hubungi Kami

Ruangguru WhatsApp

081578200000

Email info@ruangguru.com

info@ruangguru.com

Contact 02140008000

02140008000

Ikuti Kami

©2022 Ruangguru. All Rights Reserved PT. Ruang Raya Indonesia